Mari bacE

Thursday, November 12, 2009

Kumpulan Dikir Barat Sri Rahmat Bantu Kurangkan Gejala Sosial

KOTA BHARU, 6 Nov -- Dalam usaha mengelakkan remaja di Kampung Inap Desa (Homestay) Seterpa daripada terjebak dengan budaya melepak yang hanya membuang masa dan tidak mendatangkan faedah, Ketua Umno Cawangan Seterpa, Rosli Mohd Hamzah bertindak memperkenalkan kumpulan dikir barat.

Sememangnya remaja memerlukan hiburan tetapi hiburan itu hendaklah dengan cara yang betul di samping dapat memberi nilai tambah kepada aktiviti yang dilakukan, kata beliau.

"Saya perhatikan, mereka (remaja) sentiasa ingin mencuba sesuatu. Untuk mengelakkan daripada cenderung kepada perkara yang tidak baik, jadi saya tubuhkan kumpulan dikir barat Sri Rahmat supaya dapat menarik perhatian dan fokus mereka kepada aktiviti seni budaya ini," kata Rosli.

dipetik dari BERNAMA.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...