Mari bacE

Friday, January 22, 2010

Bersyukurlah atas nikmat Yang Maha Esa




Firman Allah SWT berfirman:
ertinya; Tidakkah engkau melihat terhadap orang2 kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dlm kebinasaan, iaitu nereka jahanam yang mereka akan menderita bakarnya; dan ingatlah, seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahanam. (ibrahim:28-29)

Dalam satu riwayat yang sahih dr Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma, bahawa org2 yg menggantikan nikmat Allah SWT dgn kekufuran itu adalah org2 Quraisy, ketika Rasulullah SAW tiba kpd mereka lalu mereka mendustakannya dan tidak mentaatinya.

Bersyukurlah kita di atas kurniaan nikmat yg Allah kurniakan. Nafkahkanlah harta kurniaan Ilahi pada jalan keredhaan Ilahi. Nescaya Allah akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Contohilah sahabat yg mulia, Abdul Rahman bin Auf radhiyallahu 'anhu yg masuk syurga kerana sifat pemurahnya.

risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Thursday, January 14, 2010

Gerhana matahari separa pada 15/1/2010


Pada 15 Januari 2010 pada lebih kurang 13.20 hrs IST, terdapat satu anulus suria gerhana matahari berlaku di India. Gerhana boleh dilihat penuh selama 10.4 minit di India. Tempat terbaik adalah Dhanushkodi dalam Pulau Pamban di pantai Tamil Nadu. Dhanushkodi kini adalah sebuah bandar hantu dan ia kira-kira 18 km timur Selatan daripada Rameshwaram dan 18 km Barat Pulau Mannar di Ceylon.

Di Malaysia, ianya dapat dilihat sebagai separa gerhana. Di jangkakan bermula pada 3.00 ptg sehingga 5.00 ptg.

Gerhana bermula di Uganda, melalui Nairobi, memasuki lautan India di mana gerhana terbesar adalah berlaku dalam pertengahan Ocean. Selepas itu memasuki Maldives, di mana ia akan menjadi kedua terpanjang dengan 10.8 Min menonton. Selepas itu memasuki dan keluar India di Rameswaram. Hanya beberapa tempat daratan gerhana di India.

Selepas Rameswaram, memasuki Sri Lanka di Pulau Delft, keluar di Jaffna di Sri Lanka, melintasi Bay of Bengal dam berakhir di Burma - sempadan China. Data lengkap adalah dalam laman web NASA

Lokasi terbaik di India antara pulau kecil Kodandaramar Temple dan Dhanushkodi, yang jatuh pada garis pusat gerhana. Kebanyakan had utara bayang di India adalah Cuddalore, Neyveli, Erode, Kodaikanal, Madurai. Lokasi-lokasi terbaik lain: Trivandrum dan Cape Comorin. Kedua-dua adalah 22 km utara bagi garis pusat.

Satu-satunya cara sampai Dhanushkodi atau kodandaramar temple dengan bas ST atau kereta daripada Rameswaram dan untuk Dhanushkodi selepas akhir jalan ia ialah hanya dengan kereta-kereta pemancing atau 4x4 SUVs . Kebenaran adalah diperlukan memasuki Dhanushkodi daripada pos kawalan pantai sebagai kawasan itu 10km daripada pantai Sri Lanka

Garis tengah itu membenarkan beberapa 2km timur Kodandaramar Temple. Lokasi sebenar adalah antara akhir NH dan Dhanushkodi. Dhanushkodi adalah antara 2km timur garis pusat. Perbezaan darjah adalah kira-kira 0.2 antara garis pusat

sumber : wikipedia.com

Tuesday, January 12, 2010

MCA Kelantan Tubuh Pasukan Dikir Barat 1Malaysia





KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- Atas semangat perpaduan, MCA Kelantan akan menubuhkan pasukan dikir barat 1Malaysia yang akan menyanyikan lagu asli dikir barat di dalam bahasa pelbagai kaum di negara ini termasuk bahasa Siam.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata MCA Kelantan telah mengumpul 100 pemuda daripada pelbagai kaum untuk menganggotai pasukan dikir barat itu.

"Persembahan pertama mereka akan dibuat pada 19 Feb malam nanti, sempena sambutan Tahun Baru di Kelantan," kata Dr Ng yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan dan Naib Presiden MCA kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan MCA negeri, Isnin.

Beliau berkata seni dikir barat merupakan nyanyian berkumpulan tradisional bagi orang Melayu di Kelantan, tetapi kali ini MCA ingin membawa perbezaan atas semangat 1Malaysia.

"Ianya akan diwakili oleh orang India, Cina, Siam dan lain-lain lagi kaum untuk melambangkan perpaduan di dalam perkongsian budaya," katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Dr Ng berkata MCA Kelantan bersetuju untuk mengambil pendekatan proaktif dalam membantu polis untuk melindungi mana-mana rumah ibadat.

"Barisan Nasional tidak boleh terima tindakan seperti merosakkan rumah ibadat orang lain. Justeru kita akan berganding bahu untuk pastikan keselamatan terjamin," katanya.

Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak serta sebuah gereja dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini.

Mengenai kemelut MCA, Dr Ng berkata pada pandangannya krisis dalaman MCA kini sudah tenang dengan pemimpin lebih fokus kepada tanggungjawab mereka kepada rakyat daripada menumpukan isu berkenaan.

"Semua pemimpin sudah sibuk jalankan tugas mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri," katanya.

Beliau berkata isu kemelut dalaman itu telah diserahkan kepada pengurusan parti peringkat pusat untuk diselesaikan.


BERNAMA

Sunday, January 10, 2010

Video dikir pilihan

Man Irama - Gemersik Dewa Muda 3



download links :
bahagian 1
bahagian 2
bahagian 3
bahagian 4

untuk mencantum bahagian2 video, sila gunakan software hj-split
download hjsplit

tutorial menggunakan hj-split
tutorial

Tuesday, January 5, 2010

Burj Dubai bangunan tertinggi di dunia




Dirasmikan pada 4 Januari 2010, bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, berharga AS$20 bilion (RM64.8 bilion), merupakan projek berprestij di bina di tengah-tengah kawasan pembangunan seluas 500 hektar di Downtown Burj Dubai.

Ia berketinggian 828 meter (2717 kaki), 200 tingkat. Ia melebihi ketinggian bangunan tertinggi yang sebelumnya Taiwan Taipei 101, dengan melebihi sebanyak 300 meter (1000 kaki).

Pembinaan Burj Dubai yang bermakna 'Menara Dubai' telah dimulakan pada 2004 dan bakal menjadi mercu tanda terbaru dunia.

Ia dijangka menerima 30 juta pelawat untuk mengunjungi bakal pencakar langit tertinggi dunia yang terletak di Jalan Sheikh Zayed berhampiran Jalan Doha.

Ketinggian bangunan ini masih lagi dirahsiakan oleh syarikat pemaju pembangunan Burj Dubai, Emaar Properties.

Emaar Properties yang turut dimiliki oleh kerajaan Dubai melalui pegangan 32.5 peratus saham mencatatkan keuntungan tinggi daripada aktiviti pembinaan dengan separuh pertama tahun ini mencatat lebihan RM3.07 bilion (AS$893 juta) hasil jalinan kerjasama pembangunan dengan syarikat Korea Selatan, Samsung dan Turner Construction untuk membina Burj Dubai.

Emaar Properties juga masih belum mengesahkan ketinggian bangunan itu sehingga hari ini dan dijangka mengumumkan sehari sebelum perasmian bangunan tersebut.

Perancang iaitu kerajaan dan pemilik Burj Dubai ikonik terhadap ketinggian bangunan ini dan meletakkan visi ke atas bangunan pencakar langit terbaru ini menjadi tertinggi dan direkodkan untuk beberapa tahun.

Strategi merahsiakan ketinggian bangunan yang dibina itu mencetuskan tindakbalas ke atas negara-negara lain, syarikat pesaing arkitek dan syarikat hartanah milik hartawan terkemuka dunia untuk mereka bentuk dan membina bangunan pencakar langit untuk menyaingi ketinggian Burj Dubai.

Tamparan hebat berlaku apabila pada 6 Oktober tahun lalu, syarikat pemaju Nakheel di Dubai turut mengumumkan rancangan untuk membina Al Burj atau 'The Tower' iaitu menara dijangka setinggi 1,200 meter atau 3,280 kaki, sekali gus dikatakan bakal mengatasi rekod bangunan tertinggi Burj Dubai.

Termasuk, bangunan Murjan Tower di Manama, Bahrain direka oleh firma Henning Larsens dari Denmark dengan mencecah ketinggian 1,022 meter dengan memiliki 200 tingkat.

Pesaing lain, bangunan Mubarak Al-Kabir yang dijangka mencecah ketinggian 1,001 meter di Kuwait.

Burj Dubai dibina mengatasi bangunan Taipei 101 di Taiwan yang mempunyai ketinggian 508 meter (1,667 kaki) selepas memecah merekod bangunan paling tinggi di dunia daripada Menara Berkembar Petronas pada 2003.

Sementara, Menara Berkembar Petronas memegang gelaran itu sejak tahun 1998 selepas mengalahkan Sears Tower di Amerika Syarikat (AS). Sebelum itu gelaran itu disandang oleh Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York yang menggantikan Empire State Building.

Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar di kalangan bangunan pencakar-pencakar langit mencapai kedudukan bangunan tertinggi hasil ilham daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Pembinaan Burj Dubai sepatutnya dijadual siap pada September tahun lalu tetapi tarikhnya ditunda setelah ketinggian menara bangunan ini dikaji semula, termasuk dari segi reka dan bentuk bangunan tersebut.

Menurut, Syarikat Grollo Tower dari Australia, cadangan ketinggian Burj Dubai pada peringkat awal setinggi 550 meter.

Bagaimanapun, reka bentuk cadangan itu telah dipinda firma Skinmore Owings selepas mengadakan perbincangan dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga desas-desus ketinggiannya bakal mencecah 1,000 meter.

Pada Januari 2009, Burj Dubai telah mengatasi bangunan pencakar-pencakar langit yang lain termasuk Taipei 101, Freedom Tower (Menara Kebebasan) di tapak bekas WTC New York, Pusat Kewangan Shanghai di China dan Fordham Spire di Chicago, AS yang bakal menjadi struktur paling tinggi di Amerika Utara yang kini disandang oleh CN Tower, Toronto di Kanada.

Struktur bangunan Burj Dubai itu turut menjadi menara paling tinggi selepas ia melepasi tiang KVLY-TV di North Dakota, di Amerika Syarikat pada bulan April tahun lalu. Tiang TV berkenaan mempunyai ketinggian 628.8 meter.

Dengan pembinaan Burj Dubai, ia juga melengkapkan simbol kebangkitan baru Asia meliputi Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Barat mengatasi Taipei 101.

Rekaan bangunan Burj Dubai direka oleh firma arkitek terkenal Adrian Smith dari Skidmore, Owings dan Merrill dari Chicago. Firma ini yang juga mereka bentuk Sear Tower di Chicago dan Freedom Tower di New York.

Burj Dubai direka dengan keindahan seni bina berasaskan Islam membentuk tiga tapak menyerupai abstrak bunga padang pasir.

Bangunan ini membentuk beberapa ukiran Islam dengan pelan lantai yang berbentuk 'Y' menghadap Teluk Parsi.

Ia juga direka dengan rekaan berbentuk kubah bawang iaitu senibina utama Islam

Bangunan Burj Dubai bakal menyediakan ruang pusat membeli belah terbesar di dunia, Dubai Mall dan pelantar peninjau dua tingkat di aras 124 yang akan dibuka kepada orang ramai dengan kelajuan lif elevator paling laju iaitu 18 meter sesaat atau 64 kilometer sejam.

Bangunan ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan hotel bertaraf lima bintang, Hotel Armani yang pertama dalam jenama Giorgio Armani.

Kawasan yang strategik dengan pembangunan mewah dikenali "bandar raya dalam bandar raya" meliputi 30,000 unit rumah, sembilan hotel, taman, 19 menara kediaman, termasuk tasik buatan manusia serta pusat hiburan terbesar di dunia.

Projek kediaman di Downtown Burj Dubai melibatkan kira-kira 7,500 pekerja profesional dan mahir bertugas di tapak pembinaan bangunan itu termasuk The Old Town, The Residences, South Ridge, Burj Dubai Lake Hotel & Service Apartments dan The Dubai Mall Hotel & Service Apartments.

Nilai hartanah serta harga unit apartmen di kawasan itu terus melambung tinggi, para pembeli dari seluruh dunia terus 'berebut-rebut' membeli kediaman di kawasan tersebut itu yang berhampiran dengan bangunan pencakar langit tertinggi itu.

Minat untuk memiliki aset dan hartanah mewah di kawasan tersebut dilaporkan ArabianBusiness.com, kira-kira 400 orang di kalangan para pelabur dan hartawan melalui wakil agen berbaris di luar pusat jualan Burj Dubai Emaar Properties untuk membeli unit-unit perniagaan termasuk unit kediaman baru projek utama di kawasan berkenaan.

Menurut ArabianBusiness, pembeli hartanah dipercayai membayar kira-kira lapan juta dirham (RM6.03 juta) bagi apartmen yang mempunyai satu bilik di Burj, dan lebih dua juta dirham bagi apartmen satu bilik di Downtown Burj Dubai.

Wawasan Dubai adalah untuk menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur serta membeli aset hartanah di negara yang bakal memacu pembangunan ekonomi di negara itu.

Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohamad Rashid Al-Maktoum berkata, pembangunan di Dubai mengimpikan wawasan negara ke arah membawa satu tanda aras lambang inspirasi tertinggi di dunia Islam.

Inspirasi itu kini baru melibatkan 10 peratus yang dilaksanakan dalam projek pembangunan mega, iaitu Burj Dubai termasuk Palm Trilogy yang terdiri Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali dan Palm Deira iaitu kawasan-kawasan kediaman dan perniagaan mewah terdiri 300 buah pulau buatan manusia yang direka seperti peta dunia 'The World', pokok palma serta gagasan pembangunan di luar pesisir Dubai.

Sementara 90 peratus projek-projek mega lain, bakal diilhamkan dan dilaksanakan bagi memacu pembangunan Dubai pada masa hadapan.

Dubailand juga antara salah satu mercu projek pembangunan sebuah taman tema hiburan seperti Disneyland termasuk projek Dubai Lagoon, Business Bay, Dubai Waterfront, The Palm, Dubai Marina, Dubai Metro dan Dubai World Central yang menelan belanja bernilai kira-kira AS$100 bilion (RM360 bilion).

Hari ini, Dubai terus berkembang pesat hasil usaha pembangunan intensif kerajaan untuk menjadikan negara yang asalnya sebuah pelabuhan dagang kecil ke sebuah bandar metropolitan dunia Islam baru disegani di seluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...