Mari bacE

Monday, June 7, 2010

Surat dari google??? (2)

___

mmg surat nie dr google.....brsama dgn srat ini ialah voucher bernilai RM 150....voucher ini adalah untk pengiklanan Adwords, slah satu agen pengiklanan google....mcm mne aku bleh dpt srat nie pn aku xtau.....tpi xpelh.....just enjoy ape yg aku dpt.....hehehe

Wednesday, April 21, 2010

Surat dari google???

hari ni hari selasa......aduhhhh kne shift ptg plak hari nie....
so mcm biasa....sblm gi keje tu....mndi secukup rase n mkn hingga sebati.....hehehe mcm bg resipi msakan plak....
ok2 back to the point....lps mndi tu nmpak abg posto snggah kt dpn umah n memasukkan sesuatu dlm mailbox......
so, nk dpndekkan cite, hamba mendapat perkabaran tulisan dr google....... => mksudnye dpt surat dr google

___

ape kndungan surat nie.....xtau la....xsmpat nk bce sbb nk gi keje....
nnti org bgtau kt entri yg akn dtg ok??...................................

Wednesday, April 7, 2010

Persembahan dikir barat

Persembahan pedikir-pedikir bakat baru bersama Halim Yazid.



Tarikh: 7 April 2010
Masa: 8.45 malam
Tempat: Depot Simpanan Pertahanan (DSP) Sungai Buloh

Terbuka kepada masyarakat umum. Datanglah beramai-ramai. Masuk percuma.

info dipetik dari dikir barat.net link
kredit kpd
sang_plakar

Wednesday, March 31, 2010

Kumpulan dikir barat pilihan minggu ini....

nama kumpulan :
TUNAS SEJATI

pencapaian kump. dlm pertandingan :
- NAIB JOHAN PERINGKAT KARNIVAL ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH 2008
- JOHAN KARNIVAL ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH 2009
- WAKIL DAERAH KARNIVAL ANTI DADAH KE PERINGKAT NEGERI 2009

untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
hismahanis8485@yahoo.com

Wednesday, March 10, 2010

Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

_____________



Daripada Thauban daripada Nabi S.A.W sabdanya:-

Apabila kena sesaorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu sepotong daripada api neraka, maka padamkanlah ia dengan air. Maka berendamlah dalam sungai yang mengalir, hendaklah berhadap pada pengaliran air (ke hulu), maka bacalah:

(Dengan nama Allah, Ya Tuhanku sembuhkan hamba-Mu dan benarkan Rasul-Mu), selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari. Maka selamlah ke dalamnya 3 kali selama 3 hari; jika tidak sembuh selama 3 hari maka 5 hari; jika tidak sembuh selama 5 hari maka 7 hari; jika tidak sembuh 7 hari maka buatlah 9 hari; maka bahawasanya hampir tidak melampaui sembilan hari dengan izin Allah.

7 Kombinasi Asas Dalam Rawatan Hidroterapi Ais (Dari Sudut Sains Fizik)

1. Air / Ais

Ø Air mengesan getaran / tenang, reda.

Ø Air dirakam dengan frekuensi diamond (berlian) / segi tiga(1-7 Hertz).

Ø Unsur atom air paling cepat mengesan gema dan paling cepat bergetar.

Ø Air unsur yang paling tepat mengesan ukuran gelombang sesuatu unsur yang lain.

Ø Ais dengan tekanan akan menyebabkan unsur yang berat akan termendap ke dasar kolam.

Unsur-unsur yang berat jisimnya tidak terampai / terapung yang boleh menyerap masuk semula (merbahaya).

2. Kapur punca ais cepat cair

Fungsinya:

Ø Meningkatkan suhu di dalam darah.

Ø Merendahkan suhu di dalam tulang.

Ø Menguatkan semula struktur tulang.

Ø Tulang dan kapor satu kombinasi yang sama.

Ø Rahsia tulang adalah rahsia kapor.

Ø Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat.

Ø Membersihkan kulit untuk deria sentuhan,tekanan persekitaran.

Ø Kapor harus disapukan pada seluruh tubuh.

3. Garam

Fungsinya:

Ø Proses pemanasan darah / menambahkan oksigen dalam darah.

Ø Mencairkan darah yang beku.

Ø Melancarkan aliran darah.

Ø Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air.

Ø Memanaskan tubuh di dalam air.

Ø Menambahkan tekanan dari dalam.

Ø Mengeluarkan gas karbon dioksida yang teperangkap di dalam aliran darah.

Ø Memecahkankan gula yang teperangkap di dalam aliran darah.

Ø Memelihara kandungan sel dalam darah.

Ø Garam pengalir yang baik di dalam air.

4. Minyak Pati Bunga (Aromatherapy Vibration)

Fungsinya:

Ø Rakaman gelombang dalam frekuensi rendah yang merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual,sistem imun,melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut,telinga,mata dan hidung.

Ø Minyak Pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan reaksi spektrum (molekul stuktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.

Ø Menyimpan kesan-kesan bunyi yang stabil.

Ø Cepat mengesan niat rahsia doa,rahsia Nitrogen 7

(kemujaraban).

Ø Keseimbangan/ keheningan.

Ø Mengawal suhu.

Ø Tekanan perasaan.

Ø Mengawal emosi.

5. Sistem penyaman udara.

Ø Tempat rawatan perlu pergerakan angin yang bebas.

6. Cahaya lampu UV( ultraviolet)

Ø Penggunaan cahaya UV untuk memastikan bakteria tidak aktif.

7. Gelombang gerakan air.

Ø Air harus ada pergerakan agar garam bertindak mengecas semula ion ion negatif

Tuesday, March 2, 2010



hari khamis, 4/3/2010 ade perasmian mydin cawangan Kubang Kerian, Kelantan.
So sape2 nk tgok dkir....... gi mjlis perasmian tu....ade persembahan dikir barat.....

Tuesday, February 16, 2010

Kelebihan mendirikan solat (bahagian 2)




Usman bin Affan r.a meriwayatkan, "Aku pernah mendengar baginda Rasulullah s.a.w bersabda, muslim yg hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dgn sempurna. Kenudian dia solat dgn khusyuk serta sempurna rukuknya. solatnya itu menghapuskan segala dosa yg pernah dilakukan oleh org itu sebelum dia mendirikan solat. kelebihan ini diberikan kpdnya dgn syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum dia mendirikan solat, kelebihan ini diberikan kpdnya sepanjang masa." (Hadis Riwayat Muslim)

Ummu Habibah ataupun nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan meriwayatkan, "aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "muslim yg mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kpdnya rumah di dlm syurga." (Hadis Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w bersabda, "seorang munafik merasakan solat insyak dan Subuh adalah solat yg paling berat untk dilaksanakan. Namun, apabila mrk tahu betapa besarnya pahala apabila melakukan kedua-duanya, pasti mrk menunaikan secara berjumpulan walaupn dlm keadaan yg terlalu sukar. (Hadis Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 11, 2010

Meningkatkan pengunjung blog dengan menggunakan Meta Tag


Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFireApa yg memotivasikan kita untk membuat blog ialah artikel atau gambaran kita dpt dibaca oleh ramai pengunjung. Kita menjangkakan pengunjung dr pelbagai sumber dan salah satunya ialah dari enjin carian spt: google, yahoo, msn dll.

Dalam usaha membuat blog kita mendapat perhatian di enjin carian, kita perlu meletakkan Meta Tag pada header templete yg kita guna.

Terdapt beberapa jnis Meta Tag, yg biasa dignakn kebykan blogger ialah:

Monday, February 8, 2010

Keywords untuk blog anda

Semua tahu kepentingan 'keywords' dlm enjin carian. Untuk membolehkan blog anda muncul dlm page pertama carian google, anda perlu membuat SEO secara kasar.

Sebelum memulakan blog, anda perlu membuat kajian sedikit mengenai 'keywords' yg penting supaya anda boleh masukkan ia dlm bloglink anda. Buat enjin carian untk index dlm blog anda dan guna 'keywords' dlm blog tittle, link, post tittle, blog description dan dlm kandungan blog anda dan juga didalam alt tags gambar blog anda.

Anda juga meletakkan 'keywords' penting dlm tajuk. Tajuk anda sendirinya sepatutnya mengandungi 'keywords' utama untk blog anda. Untuk membuatnya,

1. login dlm blog anda dan klik pd Layout link untk blog anda pd Dashboard. Kemudian, klik pd penanda kecil Edit HTML untk Templete tab. Dalam templete box cari kod ini pd awl kod templete anda.


2. Tukar kod diatas dgn kod ini:

gantikan perkataan KEYWORD dgn 'keyword' utama untk blog anda. Saya menggunakan 'dikir barat' sprti yg kamu lihat pd tajuk Home Page untk blog sy. srti gmbar di bwh:

sebelum >
selepas _>

sprti yg kamu lihat, tajuk blog mengikut 'keywords' yg kamu letak. Save templete kamu dan view blog kamu.

Saturday, February 6, 2010

Meningkatkan traffik blog (prototype)

teknik ni belum terbukti berkesan lg......ia msih lg diperingkat kajian.....huhu jdi pengkaji la plak
tak tau teknik ni dipanggil SEO, backlink ke aper yg sewaktu dgnnya......nnti org check
tpi org nk try dlu....klau jdi.....share kt sume org.....biar satu dunia tau....hehehe
ok2 back to biznez....nie ape yg org survey melalui malaysia google search...nie list top search dlm malaysia google search
survey nie dibuat pd 6.2.2010
visitor pd 6.2.2010 => 3051

1. facebook 1 680 000 000
2. yahoo 1 500 000 000
3. youtube 851 000 000
4. jobs 696 000 000
5. google map 538 000 000
6. myspace 497 000 000
7. wikipedia 296 000 000
8. pas tv 101 000 000
9. air asia 96 800 000
10. friendster 39 000 000
11. barisan nasional 2 020 000
12. maybank2u 1 900 000
13. parti keadilan rakyat 936 000
14. dikir barat kelantan 80 300

ok.....care nye......korang copy list kt atas nie......then, gantikan link 14. ngan link blog korang.....pastu taruk link bg stiap link kt atas......lastly, post list kt ats dlm blog anda...
SELAMAT MENCUBE....

Thursday, February 4, 2010

Panduan mencantum file split



1. Buka program hj-split

2. Klik join untuk mencantum file yg ingin dicantum.

Cth : namafile.avi.oo1 + namafile.avi.002 + namafile.avi.003 => cantuman 3 file



3. Klik pada input file untuk memilih file yang ingin dicantum



4. Klik pada file pilihan anda dan pastikan file itu mempunyai nombor .001 dihujungnya

5. Kemudian klik pada open



6. Proses pencantuman file sedang dilakukan



7. Proses pencantuman file selesai.

8. Klik pada ok

9. File yang selesai dicantum akan berada pada direktori yang sama dengan file yang hendak dicantum.


untuk mencantum bahagian2 video, sila gunakan software hj-split

download hjsplit

tutorial menggunakan hj-split

tutorial

Wednesday, February 3, 2010

Kelebihan mendirikan solat (bahagian 1)




Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, "Solat lima waktu yg didirikn antara Jumaat minggu ini dan Jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesiapa yg meninggalkan solat dgn sengaja maka kafir dgn terang-terangan". (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan, "aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, 'bayangkanlah di hadapan pintu rumah ialah salah seorang kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya?' Para sahabat menjawab, tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.' Baginda bersabda lagi, 'begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dgn sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Tuesday, February 2, 2010

Faedah bersyukur




Antara faedah-faedah bersyukur :
  • Allah akan redha kepdamu, sehingga kamu akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Pada hari qiamat nanti, Allah akan bertanya kepadamu, tentang semua yg kita kecapi hari ini, udara, makan minum, kenderaan dan segala-galanya. Semuanya akan dihisab oleh Allah. Sesungguhnya orang yg bersyukur akan dapat melepasi persoalan tersebut manakala orang2 yg kufur akan menerima siksa yg amat dasyat.
  • seluruh manusia akan mendoakan kebaikan buat orang2 yg pemurah. Nescaya, Allah akan mencurahkan kedamaian dan ketenteraman buat selama-lamanya.
risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Friday, January 22, 2010

Bersyukurlah atas nikmat Yang Maha Esa




Firman Allah SWT berfirman:
ertinya; Tidakkah engkau melihat terhadap orang2 kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dlm kebinasaan, iaitu nereka jahanam yang mereka akan menderita bakarnya; dan ingatlah, seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahanam. (ibrahim:28-29)

Dalam satu riwayat yang sahih dr Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma, bahawa org2 yg menggantikan nikmat Allah SWT dgn kekufuran itu adalah org2 Quraisy, ketika Rasulullah SAW tiba kpd mereka lalu mereka mendustakannya dan tidak mentaatinya.

Bersyukurlah kita di atas kurniaan nikmat yg Allah kurniakan. Nafkahkanlah harta kurniaan Ilahi pada jalan keredhaan Ilahi. Nescaya Allah akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Contohilah sahabat yg mulia, Abdul Rahman bin Auf radhiyallahu 'anhu yg masuk syurga kerana sifat pemurahnya.

risalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Thursday, January 14, 2010

Gerhana matahari separa pada 15/1/2010


Pada 15 Januari 2010 pada lebih kurang 13.20 hrs IST, terdapat satu anulus suria gerhana matahari berlaku di India. Gerhana boleh dilihat penuh selama 10.4 minit di India. Tempat terbaik adalah Dhanushkodi dalam Pulau Pamban di pantai Tamil Nadu. Dhanushkodi kini adalah sebuah bandar hantu dan ia kira-kira 18 km timur Selatan daripada Rameshwaram dan 18 km Barat Pulau Mannar di Ceylon.

Di Malaysia, ianya dapat dilihat sebagai separa gerhana. Di jangkakan bermula pada 3.00 ptg sehingga 5.00 ptg.

Gerhana bermula di Uganda, melalui Nairobi, memasuki lautan India di mana gerhana terbesar adalah berlaku dalam pertengahan Ocean. Selepas itu memasuki Maldives, di mana ia akan menjadi kedua terpanjang dengan 10.8 Min menonton. Selepas itu memasuki dan keluar India di Rameswaram. Hanya beberapa tempat daratan gerhana di India.

Selepas Rameswaram, memasuki Sri Lanka di Pulau Delft, keluar di Jaffna di Sri Lanka, melintasi Bay of Bengal dam berakhir di Burma - sempadan China. Data lengkap adalah dalam laman web NASA

Lokasi terbaik di India antara pulau kecil Kodandaramar Temple dan Dhanushkodi, yang jatuh pada garis pusat gerhana. Kebanyakan had utara bayang di India adalah Cuddalore, Neyveli, Erode, Kodaikanal, Madurai. Lokasi-lokasi terbaik lain: Trivandrum dan Cape Comorin. Kedua-dua adalah 22 km utara bagi garis pusat.

Satu-satunya cara sampai Dhanushkodi atau kodandaramar temple dengan bas ST atau kereta daripada Rameswaram dan untuk Dhanushkodi selepas akhir jalan ia ialah hanya dengan kereta-kereta pemancing atau 4x4 SUVs . Kebenaran adalah diperlukan memasuki Dhanushkodi daripada pos kawalan pantai sebagai kawasan itu 10km daripada pantai Sri Lanka

Garis tengah itu membenarkan beberapa 2km timur Kodandaramar Temple. Lokasi sebenar adalah antara akhir NH dan Dhanushkodi. Dhanushkodi adalah antara 2km timur garis pusat. Perbezaan darjah adalah kira-kira 0.2 antara garis pusat

sumber : wikipedia.com

Tuesday, January 12, 2010

MCA Kelantan Tubuh Pasukan Dikir Barat 1Malaysia





KOTA BHARU, 11 Jan (Bernama) -- Atas semangat perpaduan, MCA Kelantan akan menubuhkan pasukan dikir barat 1Malaysia yang akan menyanyikan lagu asli dikir barat di dalam bahasa pelbagai kaum di negara ini termasuk bahasa Siam.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata MCA Kelantan telah mengumpul 100 pemuda daripada pelbagai kaum untuk menganggotai pasukan dikir barat itu.

"Persembahan pertama mereka akan dibuat pada 19 Feb malam nanti, sempena sambutan Tahun Baru di Kelantan," kata Dr Ng yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan dan Naib Presiden MCA kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan MCA negeri, Isnin.

Beliau berkata seni dikir barat merupakan nyanyian berkumpulan tradisional bagi orang Melayu di Kelantan, tetapi kali ini MCA ingin membawa perbezaan atas semangat 1Malaysia.

"Ianya akan diwakili oleh orang India, Cina, Siam dan lain-lain lagi kaum untuk melambangkan perpaduan di dalam perkongsian budaya," katanya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Dr Ng berkata MCA Kelantan bersetuju untuk mengambil pendekatan proaktif dalam membantu polis untuk melindungi mana-mana rumah ibadat.

"Barisan Nasional tidak boleh terima tindakan seperti merosakkan rumah ibadat orang lain. Justeru kita akan berganding bahu untuk pastikan keselamatan terjamin," katanya.

Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak serta sebuah gereja dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini.

Mengenai kemelut MCA, Dr Ng berkata pada pandangannya krisis dalaman MCA kini sudah tenang dengan pemimpin lebih fokus kepada tanggungjawab mereka kepada rakyat daripada menumpukan isu berkenaan.

"Semua pemimpin sudah sibuk jalankan tugas mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri," katanya.

Beliau berkata isu kemelut dalaman itu telah diserahkan kepada pengurusan parti peringkat pusat untuk diselesaikan.


BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...