Mari bacE

Wednesday, November 18, 2009

Komuniti Bestari Kubang Laka juara dikir barat

KUMPULAN Kubang Laka, Kota Bharu yang menjuarai tempat pertama
pertandingan dikir barat komuniti bestari peringkat negeri Kelantan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, baru-baru ini.


Kumpulan Komuniti Bestari Kubang Laka Kota Bharu menjuarai pertandingan akhir Dikir Barat Kenegaraan Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting.

Kumpulan itu yang menewaskan empat kumpulan lain meraih hadiah sebanyak RM3,000, sekali gus mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan akhir bulan ini.

Tempat kedua disandang oleh pasukan Dikir Barat Komuniti Bestari Bukit Panau, Tanah Merah yang menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Juara kumpulan Komuniti Bestari Kubang Laka, Mohd. Hanafiah Yusoff dipilih sebagai Juara Terbaik dan tukang karut pasukan Komuniti Bestari Bukit Panau, Azhar Yaacob sebagai Tukang Karut Terbaik.

Tiga lagi kumpulan yang menyertai pertandingan peringkat akhir itu ialah Komuniti Bestari Pengkalan Kubor, Komuniti Bestari Gong Datuk, Pasir Puteh dan Barat Komuniti Bestari Bukit Jering, Jeli.

Pertandingan bertemakan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan saringan pertandingan itu diadakan sejak Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Nor Zahidi Omar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

dipetik dari utusan online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...