____ 
PENGENALANDikir barat kenegaraan adalah salah satu program anjuran Jabatan Penarangan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
DIKIR BARAT KENEGARAAN- Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumat dengan cepat dan
tepat supaya dapat bertindak secara positif.
- Dikir Barat merupakan salah satu saluran media komunikasi yang mempunyai ramai peminat dan
sangat berpengaruh dan popular di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan dan
Terengganu.
- Dikir Barat mampu menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang
dimainkan oleh Juara dan Tukang Karut.
TUJUAN- Menggunakan salah satu cabang seni sebagai penyalur mesej kerajaan pusat.
- Mewujudkan interaksi dan perhubungan mesra antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat
umum.
- Menghidupkan dan mencungkil bakat seni Dikir Barat yang bermutu tinggi.
MATLAMAT- Meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda.
- Memupuk perasaan bersyukur terhadap nikmat kemakmuran dan kemerdekaan negara.
- Menyemaikan semangat bersatu padu dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat dan
masyarakat setempat.
MESEJDiantara mesej yang perlu disampaikan oleh Pendikir dalam pertandingan tersebut seperti berikut:-
- Perpaduan
- Pendidikan
- Keselamatan Negara
- Pembangunan Negara Untuk Kesejahteraan rakyat
- Pembentukan Moral dan Akhlak Murni Di Kalangan Generasi Muda
dipetik dari laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia