Mari bacE

Tuesday, December 1, 2009

Dikir Barat Kenegaraan

____

PENGENALAN

Dikir barat kenegaraan adalah salah satu program anjuran Jabatan Penarangan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

DIKIR BARAT KENEGARAAN
- Komunikasi yang berkesan memainkan peranan untuk rakyat mendapat maklumat dengan cepat dan
tepat supaya dapat bertindak secara positif.

- Dikir Barat merupakan salah satu saluran media komunikasi yang mempunyai ramai peminat dan
sangat berpengaruh dan popular di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya di negeri Kelantan dan
Terengganu.

- Dikir Barat mampu menyampaikan mesej secara langsung dan spontan melalui peranan yang
dimainkan oleh Juara dan Tukang Karut.

TUJUAN
- Menggunakan salah satu cabang seni sebagai penyalur mesej kerajaan pusat.

- Mewujudkan interaksi dan perhubungan mesra antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat
umum.

- Menghidupkan dan mencungkil bakat seni Dikir Barat yang bermutu tinggi.


MATLAMAT
- Meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda.

- Memupuk perasaan bersyukur terhadap nikmat kemakmuran dan kemerdekaan negara.

- Menyemaikan semangat bersatu padu dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat dan
masyarakat setempat.

MESEJ
Diantara mesej yang perlu disampaikan oleh Pendikir dalam pertandingan tersebut seperti berikut:-

- Perpaduan
- Pendidikan
- Keselamatan Negara
- Pembangunan Negara Untuk Kesejahteraan rakyat
- Pembentukan Moral dan Akhlak Murni Di Kalangan Generasi Muda

dipetik dari laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...